بسم الله الرحمن الرحيم


Dah lima hari. Lupa pulak aku kat blog ni. Ingatkan dah takde blog, rupanya masih ada. Selamat landlady ingatkan, kalau tak sahih aku lupa.

Lima hari berlalu macam itu saja. Berlalu tanpa bicara, pergi tanpa menunggu.. aku yg pergi meninggalkan sejuta rindu di hati.. membawa sejuta duka di jiwa.

Thanks sayang for the wonderful 'weekend'.. Jumaat - Selasa ngedet tak hingat hingat. Happy tak?? I am :)

Friday
Menempuh jalan tanpa roti terasa amat lapar membuatkan aku hilang sabar dan mengeluh. Entah apa demam jalan kat KL, mungkin masing² kelaparan nak balik kampung. Aku? Aku baru datang dari kampung :P~

Sampai awal tapi nak menuju destinasi sempat buat sendi sendi kaki aku mencucuk cucuk. Tapi alhamdulillah sampai jugak ke destinasi. Setia menunggu seorang gadis bersama kotak yg sarat dgn permainan. Menanti di sisi bus stop sambil meliar matanya.. memerhatikan kehadiran aku mungkin? (ke tgk laki hensem??? mungkin itu aku :P)

Dalam kereta aku dihunuskan dengan bau bauan. (Tak minat ah bau perfume baru tu... kalau dating ngan b jgn pakai eh, pakai yg lama je :D)

Terus ke tempat tujuan untuk menjamu selera. Perut berkeroncong menyanyi lagu hujan Adibah Nor.

Dalam perjalanan sempat bercengkerama di tepi jalan yang sibuk dengan kereta. Menunggu Ana dan Mr Ana dan kawannya. 15 minit menunggu maka hadirlah mereka.

Di kedai makan aku dihidangkan menu mulut yg satu hapah pun aku tak sempat dgr.. huhuhu. Yang aku tau nasi goreng seafood.. gagagaga

Si dia? Mee seafood gak.. hehehe

Berkenalan ngan mail aka potential gayfriend.. :P~

Hasil malam pertama? Air meleleh sampai ke mulut.. selsema makan seafood. Amik habuan aku. Kaki makan boleh la aku recommend tempat ni

Tempat: William Kelana Jaya
Harga: Lebih kurang RM40
Lokasi: Berdekatan bangunan lama Lim Kok Wing University
Directions: Dari Puchong: LDP highway, lepas Stesen LRT Kelana Jaya, belok kiri dan kiri lagi pada simpang pertama. Lepas traffic light no 2, belok kiri. belah kanan ada SRK Tmn Megah. Lepas dua kali melambung langgar bump, amik 2nd right dan kedainya sblh kiri.


Saturday
Seperti janji janji melayu yang lain.. aku pun pandai berjanji melayu. Kononnya nak bertolak pegi majlis tunang kawan landlady kul7 tapi akibat kekenyangan ular, pukul8 baru aku gerak dari Shah Alam.

Dalam 9 pagi kitorang gerak ke PD. Eh dah lain pulak ayat...

Menyusuri jalan di pagi hari sabtu sememangnya agak sunyi. Mungkin manusia lain masih kekenyangan ular, diulit belit ular.

Singgah sebentar di Seremban mencari bunga bungaan untuk pasangan tunang. Lupa pulak aku nama bunganya.. tapi apa apa pun gadis kat sebelah aku tu lagi cantik dari bunga yg dia beli tu. Senyumnya dah bisa buat aku berdegup kencang. Apalagi kalau dia mengilai, bisa buat aku bertaburan lari.. :P~

Melihat majlis pertunangan orang lain, hati aku makin berbunga bunga untuk melangsungkan majlis pertunangan aku pula. Dalam hati aku tak sabar nak tunggu bila pula giliran aku melangsungkan pertunangan dengan si dia. Aku harap semua akan berjalan lancar dan sempurna.

InsyaAllah aku doakan hubungan aku dan si dia akan mendapat restu dari kedua dua pihak. Dan semoga akan berkekalan ke akhir hayat.

Sebelum pulang sempat aku dan dia menggamit kembali kenangan dulu. Melepak di tepi pantai.. makan bihun goreng macam dulu dulu. Teringat dulu kami sering ke sini. Membiar ombak berbicara kisah cinta kami. Oh jiwang betul :D

Dalam perjalanan pulang singgah kat rumah si dia. Berjumpa ibu bapanya entah kali ke berapa. Kadang kala terasa malu juga aku untuk selalu ke situ. Entahlah... aku kan segan orangnya.

Malam itu sempat kami menonton Wild Hogs. Dan ketika perjalanan pulang, aku tersangkut dalam traffic jam. Again!

Rasanya kalau ada yg tgk berita mungkin tau pasal eksiden lori ayam dan lori treler kat Hway Seremban. Tak salah aku, masa kitorang lalu tu tak sampai sejam lagi kejadian tu berlaku. Ambulans & bomba pun baru je sampai.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi masing² selepas itu.



Sunday
Aku memohon maaf kepada Landlady kerana bersikap kasar padanya hari ini. Maafkan b sayang, b tak sepatutnya bertindak sebegitu. Maaf andainya b tak memahami, tapi b akan cuba akan memahami dirimu dengan lebih mendalam. Mungkin aku masih tak bagus utkmu, tapi aku mahu jadi yg terbaik utk dirimu. Semoga kesabaranmu bisa memberikan aku peluang demi peluang untuk terus mencintaimu.


Monday
Hari ini hari Shah Alam. Sepanjang hari aku dan dia meluangkan masa di Shah Alam melihat barang barang. Sempat berjumpa dengan taichee.

Hujan pada malam hari. Tapi masih terasa hangatnya malam itu. Maklumlah ada sayang aku di sisi :P~



Tuesday
Hari yang sedih tiba jua. Rasa tak sanggup sebenarnya nak balik ke Taiping. Masih tak cukup masa empat hari bersama sama dengan sayang. B harap sangat masa masih panjang. B tak puas lagi nak bersama sama dengan sayang. Tak puas lagi nak bermanja manja. Tak puas lagi nak lepaskan semua rindu rindu ni.

Maaf kalau selama b datang ni, b sakitkan hati sayang.
Maaf kalau selama b datang ni, b buat sayang terluka.
Maaf kalau selama b datang ni, tak cukup buat sayang lepaskan rindu.
Maaf kalau selama b datang ni, ada yg buat sayang marah.
Maaf kalau selama b datang ni, b tak sayang sayang dengan secukupnya

++ EDIT ++
Sorry along.. aku tak lupa. Kebetulan hari last jiwang stainless steel sket, jd aku tak cerita pasal ko. Anyway, at last aku pun dpt jugak bertentang mata, bertemu muka dengan Zunaira. Berdebar jantung aku ewaahhh... Satu yg tepat agakan aku, ko byk ckp.. huehueheuheuheue. Selamat berkenalan ye.. lenkali aku gi umah jiji aku singgah umah ko dulu hihihi

Jangan lupa terus AFUNDI aku ye..




==============================================
Ini hidup aku yang berputar dengan aku paksinya. Dulu aku buleh dikatakan taksub, addicted etc. dengan blog. Start menulis bila ye... 2002? 2003? There are a few reason why I ‘blog’, actually. I have keep 2-3 online 'journals' for quite a few years now from way back 2003 I think. Awal-awal dulu je aku menulis sejujur-jujur yang boleh. Bukak pekung di dada ( Walopon aku pakai bra tak pakai pekung). I would want to remember something interesting that I did, or try to regret things I did. So aku tulis la blog.
==============================================


Ini juga hidup aku.. berputar pada paksinya.
Aku suka bercerita kisah aku
Mungkin kerana aku di negara orang
Mata aku terbuka melihat segala benda
Blog ini jadi tarian kata kata aku

Tapi sebenarnya aku lupa
Akan diri aku dan dirinya
Bukankah di sini kami bertemu?
Bukankah kerananya kami bersatu?
Bukankah kerananya dia dan aku masih satu?
Aku harap aku tak lupa...
Jasa blog ini pada aku
Pada kehidupan aku
Yang kini telah bersatu
Dengan aku yang satu lagi
Semoga ini menjadi semangat aku
Kerana blog ini menjadi saksi
Kisah aku dan dia
Kenapa perlu aku pisahkan
Bila blog ini pernah menyanyikan kisah aku dan jiji

5 comments:

May 03, 2007 6:20 PM Cool said...

Kadang kita menulis sebab nak tau apa yg pihak lain rasa... bah diri sendiri pon tak tau apa yg sebenar-sebenarnya di rasai.

May 03, 2007 6:50 PM Koben said...

Kadangkala kita menulis sbb meluahkan apa yg dirasa.. dari dipendam disimpan diperam

Kadangkala tulisan kita pihak lain mungkin tak memahami.. namun isinya dah terdedah utk dicungkil

May 03, 2007 8:40 PM Cool said...

"Ini juga hidup aku.. berputar pada paksinya.
Aku suka bercerita kisah aku
Mungkin kerana aku di negara orang
Mata aku terbuka melihat segala benda
Blog ini jadi tarian kata kata aku

Tapi sebenarnya aku lupa
Akan diri aku dan dirinya
Bukankah di sini kami bertemu?
Bukankah kerananya kami bersatu?
Bukankah kerananya dia dan aku masih satu?
Aku harap aku tak lupa...
Jasa blog ini pada aku
Pada kehidupan aku
Yang kini telah bersatu
Dengan aku yang satu lagi
Semoga ini menjadi semangat aku
Kerana blog ini menjadi saksi
Kisah aku dan dia
Kenapa perlu aku pisahkan
Bila blog ini pernah menyanyikan kisah aku dan jiji "


- Gilo jiwang@!~

May 07, 2007 9:31 AM Along said...

selasa tuh jumpe along x tulis pongggggggggggggggggggg =(

tukar kempen aa pasneh.

muahahaha~!!