Aku dah kembali???

Benarkah?

9 bulan berlalu...
Lama sudah rasanya jari jari aku tak menari nari menaip kata kata. Janggal sekali meluahkan baris ayat yang dulu menjadi mainan harian hidup aku. Mungkin waktu berubah, aku juga mungkin berubah. Tapi aku akan cuba mengubah, agar ada perubahan yang mengubah aku. Kata kata aku kah ini? Janggal sekali.

Masa berganti waktu berlalu. Banyak peristiwa dan kejadian yang berlaku. Dari sekecil zarah hingga sebesar ?. Aku berubahkah? Harapnya begitulah.

Blog ini dulu hidup aku. Tapi telah lama mati. Aku ingin hidupkan kembali. Kembali sebagaimana dulu. Menari nari. Bergelek gelek. Terkinja kinja. Rentak irama jari jari.

Kisah cintaku agak hambar. Kerana aku tak pandai menghargai dia dengan sepenuhnya. Namun hati ini mencintai dia sepenuhnya. Maka aku harus menjadi lebih bijaksana. Dalam menghangatkan suasana. Agar dia terus mencintai aku dengan seadanya.

p/s: susah jugak nak khatam coding baru ni.. dah paham sikit sikit.. variable² yg diguna.. boleh tambah tambah sikit.. hehehehe tak lama lagi wajah baru la blog ni :P

4 comments:

March 14, 2007 11:11 AM Anonymous said...

hohoho yer back... mueheheh..apa laa ayat mcm skrip dram swasta. perenggan akhir macam patun seh@!~ kukuku@!~ apa la apa la.. tips: nak hangat pasang lilin...kalo hambar pasang mp2.

eesssh@!~ jiwang@!~

March 14, 2007 11:11 AM Anonymous said...

ehhh mp3@!~

March 14, 2007 8:36 PM Koben said...

heh.. skrg tak layan mp3.. dah naik taraf layan mp4 :P

March 17, 2007 11:36 AM shafarina said...

dik, i was wondering what had happened to you?

*gosok2 mata*

but i am glad, as u are back!!

*yell*

welcome backkkkkk!!!

p/s: xml ni susah sket nak paham.. variable n widget dia..