
Cinta tak akan begitu indah,
Jika tanpa persahabatan
Seorang pecinta yang terbaik
Adalah sahabat yang terhebat.
Jika kamu mencintai seseorang
Jangan berharap perasaan yang sama
Satu di antara kamun akan memberikan lebih,
Yang lain akan merasa kekurangan
Begitu juga jika kamu yang mencari
Pasti yang lain akan menanti......
Jangan pernah takut untuk jatuh cinta!
Mungkin akan menyakitkan
Malah mungkin menyebabkan kamu sakit dan menderita.....
Tapi jika kamu tidak mengikuti kata hati
Kelak akhirnya kamu pun akan menangis
Malah jauh lebih pedih...
Kerana saat itu pasti kamu sedar
Yang kamu tidak pernah memberi....cinta
Cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen
Perasaan itu boleh datang dan pergi begitu saja......
Tapi tidak cinta
Cinta tak harus berakhir derita
Cinta tak harus berakhir bahagia
Kerana cinta tidak harus berakhir.....
Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan
Malah mengerti apa yang tidak dijelaskan,
Sebab cinta
Bukan hadir dari bibir.........tetapi dari HATI.
Ketika kamu mencintai,
Jangan mengharapkan balasan
Kerana itu bukan percintaan
Tetapi pelaburan
Jika kamu mencintai,
Kamu harus bersedia menerima penderitaan.
Kerana jika kamu mengharapkan kebahagiaan
Itu bukan percintaan
Tetapi lebih kepada mencari manfaat
Lebih baik kehilangan egomu
Bersama seseorang yang kamu cintai
Daripada kehilangan seseorang yang kamu cintai
Kerana ego bodohmu itu........
Jangan mencintai seseorang seperti bunga
Bunga akan mati kala musim berganti,
Cintailah mereka seperti sungai
Sebab Sungai mengalir selamanya........
Cinta mungkin akan meninggalkan hatimu bagaikan kepingan kaca,
tapi tanamkan ke dalam kepalamu,
bahawa....
Ada seseorang yang akan bersedia untuk menampal lukamu
Dengan mengumpulkan kembali pecahan kaca-kaca itu.....
Sehingga kamu akan menjadi utuh kembali......
Sebagaimana cinta yang terserak,
Tak pernah menolak untuk dipungut!


0 comments:
Post a Comment