Look at the sky through the bottle




Apa signifikannya gambar dgn entri ni? Kenapa org suka merenung langit? Melihat pada awan?

Orang sering merenung jauh ke langit... seolah olah langit itu tiada penghujungnya.. Sukar kita ungkap apa yg ada di sebalik langit.. apa yg berlaku di balik awan-awan tebal yg terpilu itu.. cuba merungkai misteri itu.. cuba mencongak congak.. cuba meneka neka.. membuat pelbagai andaian..

Pandangan dan telahan org ke atas langit berbeza beza... ada yg suka ketika langit cerah.. ada juga yg suka melihatnya ketika bergelapan dan ditemani bintang2.. ada juga yg pakai spek hitam.. ada jugak yg tgk celah2 botol mcm gambar tu.. apa saja cara sekali pun.. terpulanglah pada individu itu utk mencorakkannya.

++ today's story ++

pagi td aku menjelajah kawasan perindustrian kamunting mencari kalau2 ada rezeki. Lebih dari 30 buah yg aku masuk dlm masa 2jam lebih... hanya 2 kompeni aja yg berjaya menemui HR Manager diorang dan diinterview. Kena halau sama pakgad pun ada... apa dia ingat aku salesman ka???? aku tak buat direct selling kat kilang ahhh!!! sama2 nak cari rezeki pun ngko nak berlagak...

balik pada cerita interview... satu kompeni komponen elektronik.. dan satu lagi kompeni buat finger cots (betul ke aku eja ni?).. Yang kompeni elektronik tu baru2 duduk je dia dah cakap, "sebenarnya kami nak cari technician yg tau elektrik & elektronik"...pastu aku tanya, takkan takde technician utk keja mekanikal? Kompeni kitorang tgh cut cost, tapi takpelah kami interview awak dulu dan pikir sama ada kamu layak atau tidak.. byk jugak la dia tanya pasal experience aku dan education bground aku.. and last interview dia ckp, "kami akan cuba pertimbangkan permohonan awak kerana buat masa ni kami dah ada technician utk bahagian mekanikal"... "tolonglah cik, saya betul2 nakkan kerja ni!!!"... "kami akan maklumkan pada awak buat masa terdekat ni".."lama mana???"..."masa terdekat..okey awak bleh keluar skrg!".. *sob sob sob* aku pun melangkah keluar dari opis setelah dihalau secara terhormat...

ni kilang finger cots ni plak macam hampeh...sikit2 "wooo..susah woo.." "wooo experience awak tak cukup".. "ermmm...susah ni".. gampeng, baru tgk resume..blom interview aku lagi.. interview ok tapi kata2 akhirnya macam kilang elektronik tu jugak.. ceh.. ayat yg tak meyakinkan langsung.. harap2 bleh aaaa.. amin

p/s: tahniah utk auntie jiji kerana berjaya utk kali pertama bawak kete sorang2 dari seremban ke serdang... syabas mere bete!!! pasni leh la drive pegi perak plak yek =P hihihihi.. bawak tu hati2 tau!!! risau pasal highway seremban lori byk...jgn lupa pesan! kalau lori belakang tu laju, kasi je dia potong...tak kesah la dia lebih speed limit. Nyawa ngan peraturan.. nyawa lagi penting (digunapakai atas jln raya sahaja)

sekian...wassalam

0 comments: