++ Terima kasih pada yg bertanya keadaan aku...memberi kata kata semangat dan sbgnya.. terima kasih aku ucapkan.. insya-Allah aku dah ok... perasaan tu kadang2 je datang menyerang :D ++
Cuti sekolah datang lagi.. yeay!!! apa yg pasti undangan majlis perkahwinan pasti berduyun duyun menanti untuk dipenuhi.. biasa la tu cuti sekolah = musim kenduri kawen.. huehueheuheue.. ramainya rakan seangkatan aku kawen bulan ni..aiyak
Baru baru ni aku dijemput menghadiri majlis perkahwinan kawan aku di satu tempat di timur tanahair.. memula tu mmg aku nak pegi tapi tiba2 aku rasa malas... entah lah
Mungkin dah jd trend org skrg suka adakan majlis di dewan dewan atau hotel hotel atau sebagainya... actually aku tak gemar sgt nak hadiri majlis kenduri tambah pulak yg jenis macam ni.. itu sebab aku jadi malas nak pegi.. yelah.. asyik didesak.. ko nak pegi ke tak.. jd ke tak ko nak pegi ni.. kalau nak pegi cakap senang.. seat limited.. senang aku nak reserve seat kalau ko nak pegi.. aduhai.. asalnya undangan tapi aku rasa dah jadi macam paksaan
Mungkin aku ni kuno.. mungkin aku konservatif.. tapi aku prefer cara lama.. adakan majlis kenduri.. semua dijemput hadir.. ada majlis gotong royong.. tapi org skrg dah tak suka macam tu.. menyusahkan..
Pendapat aku..
Apa guna majlis perkahwinan yang bertujuan utk meraikan raja sehari.. tapi dihadiri oleh jumlah tetamu yg ditetapkan.. tak bestnya.. apa yg syoknye kalau aku kawen esok tapi diraikan oleh 300 org tetamu je (contoh)... kawan aku aje dah seratus lebih.. saudara mara lagi.. jiran jiran lagi.. apa lagi.. mana cukup.. kecik hati org yg tak dijemput.. kan kan kan?
Apa la sangat takut membazir...bagi aku takde istilah membazir dalam kenduri kecuali kalau dibuat melampau lampau.. cth.. jemputan 300 org dan di buat di hotel..belanja lebih 50 ribu.. itu ye le membazir.. 50 ribu aku bleh buat 10 khemah dan jemput lebih 3000 tetamu datang.. siap bleh tapau lagi lauk bawak balik.. aku puas hati.. tetamu pun puas hati.. insyaAllah takde sape kecik hati
Tapi itu le org sekarang...semua nak gah.. nak senangkan diri
Lagi satu yg aku kurang gemar kalau pegi kenduri buat buffet.. aduhai takde feelnye.. kuah suma campur campur.. lauk campur campur.. makan pun selalunya satu round je.. macam pegi makan kat kedai mamak je.. mamak..mau kuah dhal.. itu kari pun mau.. itu ayam madu jugak mau.. sayur skit.. kohkhokhohkoh dapatlah aku makan sepinggan nasik aka nasik kenduri buffet :P
Yela aku tak nafikan buffet lebih senang... lebih jimat dan tak menyusahkan.. tapi entah la.. dah la semangat kejiranan makin kurang.. ni semangat gotong royong plak terhakis.. sedihnya aku.. bukannya semua tetamu kena dtg buat gotong royong... slalu saudara terdekat dan jiran jiran jek.. kadang kadang best sbb dpt jumpa saudara2 lama.. time kenduri tuan rumah mana ada masa nak bersembang sembang ngan saudara mara sgt.. sibuk salam jek
Kebanyakkan majils kenduri ala buffet ni aku tgk slalunya lauk mesti tak mencukupi.. yelah.. caterer pun mau sep bajek jugak.. nak maximumkan profit.. biasa la tu.. kadang kadang tu tetamu terpaksa tunggu lelama lauk masak.. adehhh... memacam.. bapak aku slalu merungut kalau pegi kenduri ala buffet ni.. apa salahnya panggil tukang masak.. kita sediakan bahan semua.. kita bleh bajet sendiri lauk yg kita buat.. tak ruginya.. jarang la lauk tak habis sampai seperiuk.. kalau ada lebih pun selalunya ditapaukan pada tetamu.. kan dapat pahala free tu.. terpulang la kat tetamu nak buang ke atau buat makan malam dorang ke ape ke..
Alamak...melampau lampau plak =P
Pada korang yg tak bersependapat ngan aku jgn marah ek.. ni hanya pandangan insan ortodoks macam aku ni..
To makcik...ni hint nih.. harap ngerti.. hihihihihi
++
tadi antar makcik parcel... hehehehe... tak sabar nak tunggu makcik terima.. nak tunggu apa komen dia.. tak sabar nak tgk reaksi dia.. maaf ye makcik..patutnya parcel tu b antar dlm hari khamis.. tapi atas sbb2 tertentu.. pakcik tangguhkan :P
next week my coursemate kawen... hehehe kat ampang.. yes yes bleh dating ngan makcik... lalalalalala... tak sabonye.. rasa nak dtg seminggu awal jek.. musti tensen makcik.. lunch hour je aku dah terpacak depan pintu lab tunggu dia kuar.. hihihihihi
tomorrow i'm going to cameron highland.. kekekekeke dah lama tak berpoya poya kat sana.. lama tak pegi umah pakcik aki.. kutip limau kat ladang blkg umah dia.. kohkohkhokhoh... ratah kobis campor tanah.. miahahahaha.. sedap wooo putik kobis.. manis..
=( i want makcik to ikut.. musti lagi best.. bleh berkejaran di ladang teh ala hindustan.. bleh melantak strawberry sampai memulas perut.. bleh gi cactus farm =( makcikkkk.........jommmmmm aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


0 comments:
Post a Comment