
Bila langit menangis
Hanya tanah saja menjadi teman setia
Berapa kerat sangatlah pokok pokok menjadi teman
Kian hari kian berkurang
Bila langit merintis
Tiada siapa mahu peduli
Hanya yang keluar caci dan maki
Dari manusia yang tiada hati
Bila langit menjadi mendung
Semua melarikan diri
Semua cuba menyorok
Tiada siapa berani menyahut
Bila langit kian terang
Lalu datang ramai orang
Memuji keindahan langit
Berbicara tentang langit
Bila langit ditelan kelam
Hanya segintir yang datang menjenguk
Tapi sekadar memuji indah
Sinar bulan yang menerangi
Kesian kat langit...dipuji bila cantik...dihina bila kelam...tak ramai yang sudi...jauh lagi yang ingin menanti...langit hanya merintih..menangis seorang diri...tiada siapa yang mahu peduli...jauh lagi yang mahu memahami...Langit dipuji kerana indah matahari...langit dipuji kerana sinaran bulan...langit dipuji kerana taburan bintang bintang...langit dipuji kerana langit? Kerap dikeji kerana langit?........tak siapa yang ingin bersama langit?


0 comments:
Post a Comment