Aku
Hanyalah seperti pengemis di jalanan
Yang hanya mampu melihat
Yang hanya mampu mendongak
Yang hanya mampu menoleh
Yang hanya mampu menagih simpati
Berapa ramaikah yang peduli?
Lagi ramaikah yang berlalu pergi?
Ramai manakah yang berhenti dan memberi simpati?
Lama mana kan aku harus begini?
Sampai masa ku akan bangun berdiri
Lalu berjalan berlalu pergi
Menahan orang dan menagih simpati
Meminta kekuatan
Meminta kudrat
Meminta dikasihani
Kerana aku hanya pengemis
Yang tiada apa apa
Tapi amat memerlukannya
Biar tebal muka
Biar malu rasanya
Tapi kerna mahukannya
Semua ditolak ke tepi
Syukur pada tuhan
Ada juga yang sudi
Ada juga yang hanya berlalu pergi
Dengan secebis luahan hati
Salahkah aku?
Meminta pada yang sudi?
Menagih pada yang mahu memberi?
-kritisan dedalu-


0 comments:
Post a Comment