PSYCHOBLOGGERS


Biarpun baru tertubuh dan ahlinya tak sampai 15 orang aku rasa (Pek tolong betulkan)... kelab kecik dah berjaya menjejak kasih aku dgn kawan sekolah lama aku. Satu kelas lagi...hurmmm apa akan jadi kalau kelab ni dah cecah sejuta (2006 Banai target ada sejuta ahli) Mungkin ramai lagi yang bernasib baik dapat menaut kembali kasih lama :) Thanks to Psychobloggers
+p/s: jemput le ke blog member aku, Zulu -----> http://yagami.blogdrive.com

Lepaskan segala amarahmu itu

Siapapun bisa marah – marah itu mudah. Tetapi, marah pada orang yang tepat, dengan kadar yang sesuai, pada waktu yang tepat, demi tujuan yang benar, dan dengan cara yang baik – bukanlah hal mudah.
Aristoteles, The Nicomachean Ethics
Marah? Geram? Sakit hati atau apa juga definisi yang diberikan untuk menggambarkan rasa ketidakpuasan hati anda. Tapi perlukah semua rasa tidak puas hati itu diolah menjadi marah?

Ketahuilah bahawa rasa marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar kobar serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.

Jika dilihat pada orang yang marah, memang unik. Akan jelas kelihatan perubahan yang ketara terutama pada mimik muka. Ada yang mengetap bibir, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Cuba anda marah dan pandang pada cermin. Mesti detik hati anda akan berkata "MasyaAllah...buruk betul muka aku ni!". Ada yang melepaskan rasa marah pada orang yang dimarahi...ada juga yang menjadikan orang lain sebagai mangsa amarah.tak ketinggalan juga makhluk lain pula yang kena..kerusi?meja?pinggan? atau apa saja boleh dijadikan tempat melepaskan kemarahan.

Aku tak nafikan. Aku juga pernah marah. Manusia mana yang tidak pernah marah? Ada masanya kita berjaya mengawal diri namun ada ketikanya kita gagal. Namun itu bukan alasan untuk kita terus marah. Kita perlulah melatih diri kita agar tidak marah. Teguran dari teman amat penting.
Orang yang marah ini boleh digolongkan pada tiga kategori:
Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)
Golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)
Golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)

Harap harap kita tergolong dalam golongan yang ketiga.
Melihat pada diri aku sendiri, aku mengkategorikan diri aku dalam golongan yang tidak suka marah. Adakala pelik juga aku dengan diri aku sendiri. Kenapa aku tak tahu nak marah kepada orang? Kenapa aku lebih suka bersabar dari baran tak tentu pasal. Aku lebih suka berdiam dan memendam rasa sendiri. Ramai juga berkata pada aku.. jangan simpan sangat rasa marah tu, lama lama karang ada yang meletup. Ermmm...kadang kala tu ada jugak aku rasa marah..tipu la kalau aku katakan yang aku tak pernah marah. Tapi aku tak tahu kenapa, hati aku selalu berbisik ah lantakk la...biarkan je la. Padahal dalam hati dah meruap ruap. Aku bersyukur pada Allah kerna aku tidak 'dikurniakan' sifat amarah yang berlebihan
Kepada sahabat sahabatku yang sedang marah. Kurangkanlah marahmu itu. Tenangkan hati. Kerana apa?Kerana pahala menahan amarah itu terlalu indah (sape taknak oi...)

"Siapa yang menahan marah, padahal ia dapat memuaskan pelampiasannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya."
(HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

Maaf kerna secara tiba tiba saya terfikirkan tentang marah.
Bukan kerna aku marah..dan bukan juga sebab aku naik darah. Tapi sekadar renungan pada sesiapa yang suka marah. Heheehehe...ape la yang aku pk ni. Banai le ni...layan aku sampai kul semilan lebih pun tak tido lagi..ni yang aku nak marah nih...eh opsss

++p/s: Dont ever try this at your home. Extremely dangerous!++

0 comments: