Aku dan kekusutan
Aku dan kekusutan? Betul ke? Entah la...aku sendiri pun tak tahu aku ni kusut. tapi ramai yang cakap aku ni kusut. Muke aku ke yang kusut? Ke rambut aku yang kusut? Ke otak aku yang kusut? Ntah ntah diri aku sendiri yang kusut. Kusut jugak kepala aku memikirkan kenapa orang cakap aku ni kusut. Agaknya diorang yang kusut. Mungkin jugak diorang kusut sebab tengok aku yang kusut ni kot. Ntah...aku pulak rasa kusut bila tengok diorang kusut. Takpe la..buat ape aku nak kusutkan kepala otak aku melihat dan memikirkan pasal diorang yang kusut. Baik aku pikir pasal ape aku ni kusut. Aku rasa aku ni kusut sebab kusut memikirkan masalah dunia. Dunia ape..aku sendiri pun tak tahu. Mungkin dunia aku sendiri yang penuh kekusutan. Salah aku jugak rasanya...sebab membuatkan dunia aku sendiri menjadi kusut. Ntah la...kusut aku nak pikir benda benda yang menyebabkan dunia aku kusut. Tapi bagi aku..kusut adalah perkara biasa bagi orang yang kusut macam aku. Hidup yang penuh kekusutan. Tipu la kalau korang tak penah rasa kusut. Mungkin tak sekusut aku..but still rasa kusut. Kusut memang dah lazim dalam dunia manusia yang kompleks dan kusut. Kepala sesiapa yang tak pernah kusut tu pembohong ler namanya kerana dalam kehidupan pasti ada kekusutan untuk dileraikan..Jadi mengaku sajalah yang anda pernah kusut...takder salahnya. Pesanan aku kepada orang orang yang berjiwa kusut seperti aku, "Jangan sesekali cuba lari dari kekusutan itu kerana kekusutan takkan datang kalau tiada benda yang bisa mengusutkan kedaan, jadi cuba fikirkan sejenak adakah kekusutan itu membawa kepada kebaikkan atau keburukkan pada diri anda :)"
++p/s: jangan layan ayat aku yang kusut tu..nanti ngan korang korang jadi kusut. Tak pasal pasal aku plak yang kusut memikirkan, apakah salah aku hingga menyebabkan korang semua kusut membaca entri aku yang kusut ni


0 comments:
Post a Comment