Its snowing!!!!!!

Dalam aku sedang sibuk bermain CM03/04..tiba-tiba aku terdengar bunyi orang mengetuk tingkap. Ishhh...siapa pula yang ketuk-ketuk tingkap pada tengah-tengah malam buta ni, padahal aku berada di tingkat 1...Aku pun memberanikan diri untuk melihat ke luar..Subhanallah..terkejut aku bila melihat ke luar...bukan orang yang mengetuk tingkap aku sebentar tadi..
tapi...................
Rupa rupanya salji tengah turun mencurah curah..padanlah bunyi seperti orang mengetuk tingkap..Buat saspen je tengah-tengah malam...dah la malam jumaat...hehehehe
Akhirnya turun juga salji setelah beberapa hari diramalkan salji akan turun..Puas juga la berselubung memakai pakaian tebal-tebal (Suhu selalunya terlalu sejuk sebelum salji turun)
Setelah puas menatap salji yang turun...aku pun terpaksa masuk tidur kerna kerja pada keesokannya...
Subhannallah...indah sungguh ciptaan Allah

0 comments: