Last night, Bean turun Coventry. Tapi dia tido kat umah Arep. Hari ni kitorang jumpa kat town. Hehehe...cam mini gathering #budak-uk plak. Kitorang just bawak Bean jln² satu city centre tu...nasib ko la bean, berjalan kat pekan koboi. Memang takde apa sgt pun kat sini. Satu hari ni asyik tangkap gambar jelah. Tu je aktiviti yg ada. Lepas penat meronda, kitorang lepak sembang² kat coffee house (Wan dah balik, pegi library). Kitorang sembang sampai pukul 6.50ptg. Alamak...lupa. Malam ni ada Warwick Malaysian Night. Janji kul7. Kelam kabut balik...bersiap.
Warwick Malaysian Night - Colourblind Everyone is different Everyone is equal
Tema utk Warwick Malaysia Night. Satu drama pendek dipersembahkan kepada para hadirin. Drama ini berkenaan percintaan dua kaum yakni Cina dan India. ia berkisar tentang pententangan agama yg selama ini seakan menjadi jurang utk dua insan berlainan kaum bercinta. Walau bagaimana pun....kalau cinta itu berdasarkan kejujuran dan keikhlasan, tembok sebesar tembok china dapat dirobohkan. Begitu juga dgn dua insan ini. Cinta yg mereka bina atas dasar kejujuran & keikhlasan akhirnya berbalas. Itulah serba sedikit sipnosis drama ini.
Lucky draw segment. Hehehehe....nombor 0366 menjadi nombor yg paling bertuah utk malam ini. Nombor yg memenangi hadiah utama Tiket pergi balik ke Malaysia. Dan pemegang tiketnya? Saya rasa anda semua boleh teka siapa....
Selepas sesi cabutan bertuah..acara penutup yg menjadi tradisi Warwick Night, persembahan dikir barat. Antara lagu yg didendangkan adalah Che Awe Donde, Ewau bule & Kenek-kenek la Ude. Selepas itu majlis pun bersurai...


0 comments:
Post a Comment