Hari ni giliran di Malaysia menyambut Aidiladha. Baru hari ini aku terasa akan sambutannya. Rindu pada keluarga sukar untuk aku bendung. Mungkin kerana sebelum ini aku selalu berdamping dengan keluarga pada waktu-waktu begini. Au menelefon keluarga untuk mengucapkan selamat hari raya sambil bertanyakan khabar kedua orang tuaku. Mereka juga sedih kerana tahun ini menyambut tanpa kehadiran aku. Tapi percayalah..walaupun jasadku di sini, tapi hati aku tetap bersama mereka. Sepanjang hari tiada apa yang aku lakukan, hanyalah rutin sebagai seorang pelajar.


0 comments:
Post a Comment